15 Oktober 2012 - 20:30

Ayatullah Taskiri mengkritik sikap Syeikh Yusuf al-Qardhawi yang melabelkan Iran sebagai musuh umat Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Muhammad Taskiri hari ini mengeluarkan kenyataannya terhadap sikap Syeikh Yusuf al-Qardhawi yang sudah melampaui batas dalam memecah belahkan umat Islam. Kata beliau, "Kenyataan-kenyataan tidak matang Syeikh Yusuf al-Qardhawi sudah melampaui had yang menyedihkan, namun kenyataan-kenyataan beliau tidaklah mengejutkan kerana individu ini berkait rapat dengan konservatisme Arab. Dalam haluan ini beliau sudah 40 tahun menjadi bahagian daripada keaiban mereka, tanpa sebarang reaksi beliau menghindari dari berbicara tentang negara sendiri yang berkaitan dengan Hosni Mubarak dan pembantunya."Tambah beliau lagi, "Kami percaya di sebalik penghinaan beliau terhadap Islam Iran yang mana beliau labelkan sebagai musuh umat Islam dan Arab, tuduhan bahawa negara kami ingin mengembalikan semula empayar Parsi dan lain-lain lagi... berasal dari hasad dengki lama yang bersangkut paut dengan kolonialisme dan perasaan fanatik perkauman yang tidak masuk akal."Kenyataan Ayatullah Taskiri menambah, "Kami memaklumkan secara terus terang bahawa berdirinya Republik Islam Iran di samping pemerintah Syria berpunca dari pandangan jauh yang efektif berkaitan dengan situasi serantau dan konspirasi musuh yang menentang umat Islam."Ayatullah Taskiri menegaskan, "Pihak musuh Amerika-Zionis merasakan pahit kegagalan dan kekalahan menghadapi pejuangan anti-Israel yang mampu melakar Timur Tengah baru. Oleh itu demi menghapuskan semua pusat pejuang, maka yang menjadi sasaran ialah Palestin, Syria atau Lubnan dan akhir sekali Iran; untuk tujuan ini Syria menjadi fokus di mana protes pemuda daripada kalangan masyarakat dieksploitasi atas alasan kononnya untuk menyelesaikan kekurangan dalam pemerintahan. Mula-mula aspek kekacauan ialah kerajaan Syria dan di penghujungnya paksi pejuang akan cuba dihapuskan."